Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Pengarah Kampus Besut , Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Besut
 
 
Pertanyaan❓09-819 3001
 
 
 
 
 
Alamat 📍
Pejabat Pengarah Kampus Besut
Kompleks Akademik & Pentadbiran
Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu Darul Iman

PPKB@LINKS

Tempahan Bilik Kuliah
Tempahan Bilik Kuliah
 
Tempahan Kenderaan
Tempahan Kenderaan
 
Tempahan Bilik Mesyuarat
Tempahan Bilik Mesyuarat
 
Pinjaman Peralatan
Pinjaman Peralatan
 
Aduan Suis Censor Automatik
Aduan Suis Censor Automatik
 
Tempahan Kemudahan Sukan
Tempahan Kemudahan Sukan
 
Pinjaman Peralatan Sukan
Pinjaman Peralatan Sukan
 

Life@Besut Campus

Statistik Semasa

5 November 2025

Kampus
UniSZA

Pusat Tanggungjawab (PTj)

Staf
Pentadbiran

Staf
Akademik

Jumlah
Staf UniSZA

Aktiviti@Program

  • CERAMAH MOTIVASI "TAQWA CHAMPION" SEMPENA BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI STAF PPKB 2025

    TARIKH/HARI  : 16 DISEMBER 2025/SELASA
    MASA              : 10.00 PAGI
    TEMPAT          :  AUDITORIUM IBN SINA, KOMPLEKS AKADEMIK & PENTADBIRAN, UniSZA KAMPUS BESUT
  • SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL 2025 PERINGKAT UniSZA KAMPUS BESUT

    Tarikh: 27 November 2025 (Khamis)
    Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
    Tempat: Dewan Auditorium Ibn Sina, Kompleks Akademik & Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut

  • PROGRAM SENAMROBIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

    PROGRAM SENAMROBIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

    TARIKH/HARI :14 OGOS 2025(KHAMIS)
    MASA             : 7.30 PAGI
    TEMPAT         : DATARAN KOMPLEKS AKADEMIK & PENTADBIRAN, UniSZA KAMPUS BESUT
  • PROGRAM REWANG MEMASAK BUBUR ASYURA SEMPENA SAMBUTAN AWAL MUHARRAM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) KAMPUS BESUT 1447H  BERSAMA KOMUNITI

    PROGRAM REWANG MEMASAK BUBUR ASYURA SEMPENA SAMBUTAN AWAL MUHARRAM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) KAMPUS BESUT 1447H BERSAMA KOMUNITI

    TARIKH/ HARI: 13 OGOS 2025 (RABU)
    TEMPAT: DATARAN KOMPLEKS AKADEMIK & PENTADBIRAN, UniSZA KAMPUS BESUT
  • Program Merdeka FootGolf dengan kerjasama Sekolah Daerah Besut 

    Program Merdeka FootGolf dengan kerjasama Sekolah Daerah Besut 

    Tarikh/Hari : 13-14 Ogos 2025(Selasa-Khamis)
    Tempat      :  Padang Footgolf, UniSZA Kampus Besut

    Berita/ Hebahan

    • MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SUKAN MUHIBAH UniSZA KAMPUS BESUT

       
      Sekitar majlis penutup dan penyampaian hadian Kejohanan Sukan Muhibah UniSZA Kampus Besut pada 18 Disember 2025 (Khamis) bertempat di Auditorium Ibn Sina, Kompleks Akademik & Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut

      Sekalung Tahniah dan Syabas buat semua pasukan yang telah berjaya merangkul hadiah di Kejohanan Sukan Muhibah UniSZA kampus Besut 2025.
    • Taqwa Champion.
      16 Disember 2025 (Selasa);
      Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB) telah berjaya melaksanakan Bengkel Pemantapan Organisasi Staf PPKB 2025 di UniSZA Kampus Besut yang melibatkan seramai lebih kurang 80 orang peserta bengkel.
      .
      Bengkel telah dimulakan dengan aktiviti santai yang melibatkan aktiviti fizikal bagi memupuk kerjasama berkumpulan dalam kalangan peserta seterusnya diikitu dengan Ceramah Motivasi: Taqwa Champion yang disampaikan oleh Pasukan CSR Al-Ikhsan Sports iaitu En. Muhammad Alif bin Ismail.
      .
      Peserta bengkel juga turut disuntik semangat melalui amanat khas daripada Pengarah Kampus Besut Prof. Madya Dr. Azman bin Azid yang penuh iltizam untuk bekerja kerana Allah swt Dan #DemiUniSZA.
      .
      .
      Terima Kasih kepada semua peserta dan Al-Ikhsan Sports hadir ke UniSZA Kampus Besut.
      .
      .
      .
    • Tahniah! diucapkan kepada YBrs. Dr. Norhazura binti Yunus, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut atas kejayaan menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi Maklumat, UiTM.
      Semoga kejayaan ini menjadi suntikan motivasi untuk terus melakar kecemerlangan dan kegemilangan pada masa akan datang.

      Ikhlas daripada Pengurusan dan Staf Pejabat Pengarah Kampus Besut.
    • Tahniah! di ucapkan kepada wakil Pejabat Pengarah Kampus Besut yang memenangi Johan Pertandingan Video Pendek Integriti 2025 sempena Hari Integriti Peringkat UniSZA yang bertemakan “Integriti Teras Kesejahteraan Negara”
    • PROGRAM HARI BERSAMA BOMBA SEMPENA HARI PENCEGAHAN KEBAKARAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI TERENGGANU

      5 Oktober 2025- UniSZA Kampus Besut telah menerima kunjungan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam Program Hari Bersama Bomba dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB).
      Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjurkan antaranya;

      • Pameran Jentera Bomba
      • Makanan Percuma Dapur Bomba
      • Demonstrasi Pemadam Kebakaran
      • Taklimat Keselamatan & Kebakaran

      Program juga telah berlangsung dengan jayanya, dengan penglibatan seluruh warga Kampus.

      Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu

    • Program Semarak Patriotisme Sempena Kemerdekaan ke-68 & Hari Malaysia di UniSZA Kampus Besut.

      Program Semarak Patriotisme Sempena Kemerdekaan ke-68 & Hari Malaysia di UniSZA Kampus Besut.

      11 September 2025- Pejabat Pengarah Kampus Besut telah menganjurkan Program Semarak Patriotisme Sempena Kemerdekaan ke-68 & Hari Malaysia di UniSZA Kampus Besut.
       
      Kemeriahan dalam majlis yang telah dilaksanakan ini diserikan lagi dengan Pertandingan Busana Melayu Tradisional & Pertandingan Deklamasi Sajak.
      Tahniah! diucapkan kepada semua pemenang.

      Semoga dengan aktiviti ini dapat menjadi inspirasi kepada diri dalam menanam cinta yang lebih mendalam kepada tanan air.

      Semangat cintakan negara bukanlah suatu perkara yang dilarang. Sejarah Nabi ﷺ sendiri membuktikan bahawa Rasulullah ialah warganegara yang amat menyayangi Mekah, tanah tumpah darah baginda. Nabi ﷺ bersabda:

      ما أطيَبُكِ مِن بلدٍ، وما أحبُّكِ إلَيَّ، ولولا أن قومَكِ أخرَجُونِي مِنكِ ما سكَنتُ غيرَكِ
      “Aku tidak temui negeri yang lebih baik daripada kamu (wahai Mekah), dan tidak ada negeri yang lebih aku sayangi daripada Mekah. Kalaulah bukan kerana kaummu (iaitu Quraisy) telah menghalauku, aku tidak akan tinggalkan negeri ini.”(HR al-Tirmizi).

      Luahan ini menggambarkan betapa Rasulullah ﷺ amat menyayangi Mekah, ia bukanlah satu sifat yang terlarang kerana mencintai tanah air, tempat kita membesar ialah fitrah yang dialami oleh manusia.

      Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-68 & Hari Malaysia!
    • BORANG KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PENGARAH KAMPUS BESUT

      BORANG KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PENGARAH KAMPUS BESUT

      Pejabat Pengarah Kampus Besut sedang mengumpul maklumat maklumbalas terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. Warga kampus adalah dijemput untuk mengisi borang kajian secara atas talian melalui pautan Google Form dan QR Code yang telah disediakan.

      Maklumbalas daripada semua pelanggan sangat penting kepada PPKB dalam membuat penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Pengarah Kampus Besut pada masa hadapan.

      Pautan Google Form:
      https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdP1dBecKH.../viewform... 
       
    • TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) KAMPUS BESUT 2025 - UniSZA.400-1/2/2 Jld. 4 (36)

      TAWARAN PENYEWAAN RUANG NIAGA DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) KAMPUS BESUT 2025 - UniSZA.400-1/2/2 Jld. 4 (36)

      Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Premis Sewaan (J2PS) Kampus Besut ingin mempelawa pembukaan Tawaran Penyewaan Ruang Niaga di Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Besut kepada mana-mana Pembekal berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berminat. Sesi taklimat dan lawatan tapak (wajib hadir) akan diadakan sepertimana butiran berikut.

      Tarikh : 14 Ogos 2025| Khamis
      Masa : 10.30 pagi
      Tempat: Bilik Seminar Al-Farabi, Kompleks Akademik & Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut

      Maklumat lanjut boleh didapati di paparan iklan. Perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

      #uniszapastitahu
      #IlmuDemiFaedahInsan
      Anim pariatur cliche reprehenderit, enim eiusmod high life accusamus terry richardson ad squid. 3 wolf moon officia aute, non cupidatat skateboard dolor brunch. Food truck quinoa nesciunt laborum eiusmod. Brunch 3 wolf moon tempor, sunt aliqua put a bird on it squid single-origin coffee nulla assumenda shoreditch et.
      Anim pariatur cliche reprehenderit, enim eiusmod high life accusamus terry richardson ad squid. 3 wolf moon officia aute, non cupidatat skateboard dolor brunch. Food truck quinoa nesciunt laborum eiusmod. Brunch 3 wolf moon tempor, sunt aliqua put a bird on it squid single-origin coffee nulla assumenda shoreditch et.

      Hubungi Kami

      Pejabat Pengarah Kampus Besut
      Kompleks Akademik & Pentadbiran
      Universiti Sultan Zainal Abidin
      Kampus Besut
      22200 Besut
      Terengganu Darul Iman

       09-819 3001

       ppkb@unisza.edu.my

      logo left
       
       

      Lokasi

      Waktu Operasi

      Ahad hingga Rabu
      8.00 am - 01.00 pm
      2.00 pm - 4.45 pm

      Khamis
      8.00 am - 01.00 pm
      2.00 pm - 4.30 pm

      Jumaat, Sabtu & Cuti Umum
      Tutup

      Pengunjung

      295811