Pengisian Maklumat Dalam Sistem e-LNPT Staf Pentadbiran [new]

STAF PENTADBIRAN UNISZA

Tuan/Puan,

Sepertimana dalam makluman, Proses LNPT Tahun 2021 sedang berjalan sepertimana takwim yang telah dibuat hebahan sebelum ini. Dimaklumkan bahawa proses pengisian maklumat sepertimana berikut akan berakhir pada 30 Oktober 2021. Pegawai yang dinilai (PYD) perlu mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berikut:

1) Pengisian maklumat Sumbangan kepada Komuniti UniSZA & Sumbangan kepada Komuniti/Masyarakat dalam Portal Staf (Aplikasi Staf > Portal Sistem Aplikasi UniSZA > Info Kakitangan > Sosial).

2) Pengisian maklumat pada bahagian II (Kajian Semula Tahunan Pertengahan Tahun Projek Tambah/Projek Gugur) dalam sistem e-LNPT Staf Pentadiran, sekiranya berkaitan.

3) Pengesahan PYD iaitu pada bahagian III  dalam sistem e-LNPT Staf Pentadbiran.

Semoga perkara ini dalam makluman dan diambil tindakan oleh pihak tuan/puan sebelum atau pada 30 Oktober 2021. Disertakan semula Takwim LNPT  Tahun 2021 Staf Pentadbiran untuk rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Ilmu dan Akhlak"

Yang menjalankan amanah,

Seksyen Kenaikan Pangkat dan Penilaian Prestasi

Pejabat Pendaftar