Kami menawarkan anda pendidikan berkualiti dan pengalaman yang menarik
Kampus Kami
Sila lawati tiga (3) kampus kami untuk mengetahui kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Kampus Gong Badak
- Kampus Perubatan
- Kampus Besut
Pembelajaran adalah instrumen yang hebat. Pembelajaran menjadikan setiap manusia itu berpotensi untuk menjadi genius.
Di UniSZA, anda akan menemui pengajaran yang cemerlang, komuniti yang mesra dan salah satu pengalaman menyeluruh pelajar yang terbaik di Malaysia. Kami dikelilingi oleh alam semula jadi tetapi dihubungkan dengan bandar-bandar utama.
Terengganu Cantik
Terengganu adalah negeri yang kaya dengan budaya yang tersendiri dan tarikan alam semula jadi menakjubkan, menjadikannya destinasi pelancongan terkemuka di negara ini. Pengunjung terpesona dengan kekayaan seni tradisional, budaya dan warisan Melayu. Terengganu adalah tempat kunjungan orang ramai untuk merasai keaslian cara hidup di Pantai Timur Malaysia . Terengganu menawarkan gaya hidup bandar yang tenang di samping perkampungan nelayan yang indah serta kaya dengan warisan seni persembahan & kebudayaan tradisional yang masih terpelihara.
Pilih kursus yang sesuai untuk anda
Pilih kursus yang sesuai dengan keperluan dan minat anda. UniSZA menawarkan pelbagai kursus untuk dipilih daripada bidang Pengajian Islam, Perubatan, Sains Kesihatan, Teknologi Maklumat & Komunikasi, Teknologi Agro, Teknologi Makanan, Reka Bentuk Perindustrian, Teknologi Pembuatan, Sains Sosial, Undang-undang dan pelbagai lagi.
Kehidupan pelajar
Terokai kemeriahan universiti yang bertempat di lokasi indah dan menawarkan dimensi yang berbeza kepada kehidupan pelajar.
Penginapan yang selesa
Kolej Kediaman UniSZA sangat selesa dan boleh memuatkan maksimum 5000 orang pada satu-satu masa.
Kelab & persatuan pelajar
Terdapat banyak pilihan kelab dan persatuan dan aktiviti yang boleh anda sertai.
Sukan dan aktiviti luar yang menarik
Pelbagai aktiviti sukan untuk anda sertai seperti bola sepak, ragbi dan ekuestrian.
Alumni
Take a look at our list of alumni community