Assalamualaikum Wm. Wbt. dan Salam Sejahtera.
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong bertaraf KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) sepertimana berikut:
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Borang permohonan boleh diisi secara atas talian (on-line) di Portal e-Perjawatan UniSZA pada pautan seperti berikut : https://shorturl.at/rBHyW
- Setiap permohonan bagi satu jawatan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM10.00.
- Setiap pemohon MESTILAH memuatnaik Curriculum Vitae(CV), gambar berukuran passport, sijil akademik berserta transkrip dan sijil-sijil lain yang berkaitan. Kegagalan pemohon berbuat demikian akan menyebabkan PEMOHONAN TIDAK AKAN DIPROSES.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan dikategorikan sebagai tidak berjaya.
- Tarikh Permohonan : 14 Ogos 2024 hingga 21 Ogos 2024.