• Penyakit Tanaman Buah-buahan (2011)

Penulis/Author: Hailmi M.S. , Kadir J


Buku ini adalah pertama seumpamanya di Malaysia yang menghimpunkan penyakit tanaman-tanaman utama dalam satu buku. Buku ini adalah sebuah buku yang mendedahkan pembaca kepada patologi tumbuhan (plant pathology) secara langsung. Umumnya pengenalan terhadap patologi tumbuhan dan cadangan terhadap langkah menjalankan diagnosis dan teknik asas makmal dalam buku ini adalah sesuai untuk semua golongan seperti penyelidikan, pegawai pengembangan pertanian, pelajar universiti, kolej pertanian, institut pertanian malah peringkat sekolah dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang dalam bidang pertanian. Selari dengan tuntutan da nperkembangan semasa, bioteknologi dalam pertanian juga terkandung dalam buku ini. Ilustrasi bergambar dan penyusunan yang lebih teratur serta lebih saintifik terhadap gejala penyakit tanaman buah-buahan menyediakan kemudahan yang amat berguna kepada golongan terlibat untuk membuat rujukan secara lebih sistematik, teratur, mudah dan cepat. Penerangan merangkumi bahagian-bahagian yang terdiri daripada pengenalan kepada penyakit tumbuhan, pengurusan penyakit tumbuhan, bioteknologi dan penyakit tumbuhan, pengenalan kepada kulat, bakteria, virus dan nematod patogenik ilustrasi penyakit buah-buahan, kaedah asas diagnosis penyakit dan makmal patologi tumbuhan serta istilah-istilah utama dalam penyakit tanaman. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Penyakit Tanaman Buah-buahan (2011)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-40-1
  • Availability: In Stock
  • RM 60.00

  • Ex Tax: RM 60.00

Tags: Penyakit, Tanaman, Buah-buahan