Penulis: Shariffah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad, Jal Zabdi Mohd Yusoff
Kategori
kanak-kanak tidak terkawal jarang dibincangkan dari perspektif perundangan,
walaupun undang-undang mengenainya telah wujud sebelum Malaysia mencapai
kemerdekaan. Akta Kanak-Kanak 2001 tidak menyediakan definisi bagi
"kanak-kanak tidak terkawal" dan memberikan bidang kuasa kepada
Mahkamah Bagi Kanak-kanak untuk mengendalikan kes tingkah laku tidak terkawal
termasuk mentafsir maksud tingkah laku tidak terkawal dan menentukan jenis
pemulihan yang sesuai melalui perintah mahkamah. Oleh yang demikian, buku ini
ditulis bagi mengupas maksud "kanak-kanak tidak terkawal", faktor
pendorong, tanggungjawab ibu bapa terhadap salah laku anak dan jenis pemulihan
yang diperuntukkan oleh undang-undang. Pengendalian kes kanak-kanak tidak
terkawal di beberapa negara luar juga dibincangkan sebagai perbandingan dan
penambahbaikan. Bagi tujuan melihat bagaimana undang-undang menangani isu
sosial dalam situasi sebenar, perbincangan dalam buku ini turut memasukkan
hasil temu bual dengan beberapa pihak yang terlibat secara langsung dalam
pengendalian kanak-kanak tidak terkawal. Buku ini diharap dapat menyumbang
pengetahuan dalam aspek perundangan kanak-kanak di Malaysia khususnya yang
melibatkan kesalahan bukan jenayah. la bertujuan memelihara kebajikan
kanak-kanak tidak terkawal agar selari dengan Dasar Kanak-Kanak Negara dan
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC).
Kanak-Kanak Tidak Terkawal Dari Perspektif Perundangan (2023)
- Product Code: ISBN 978-967-2750-34-5
- Availability: 2-3 Days
-
RM 50.00
- Ex Tax: RM 50.00
Tags: Kanak-Kanak, Tidak Terkawal, Perspektif, Perundagan, 2023