• Orang Asli Pembangunan Dan Transformasi (2014)

Penulis/Author: Ramle Abdullah


Masyarakat Orang Asli adalah antara penduduk Malaysia yang terbelakang dalam arus pembangunan. secara perbandingan taraf hidup mereka jauh lebih rendah berbanding lain-lain etnik. majoriti anggota masyarakat terlibat dengan sektor ekonomi persendirian yang tertumpu kepada aktiviti ekonomi seperti menjalankan kegiatan memburu, mengumpul hasil hutan, pertanian dan perikanan secara kecil-kecilan. Justeru, sehingga kini kadar kemiskinan dalam kalangan penduduk Orang Asli masih melebihi paras 30 peratus. Selain itu taraf pendidikan juga rendah dan wujud beberapa masalah utama dalam konteks berkenaan, meliputi masalah peratusan kehadiran sekolah yang rendah, kadar keciciran yang tinggi dan pencapaian akademik dalam peperiksaaan yang rendah. Persoalannya, kenapa isu-isu demikian masih menyelubungi masyarakat Orang Asli? Sebelum ini terdapat suara-suara yang mengambarkan bahawa isu demikian berkait dengan faktor kelemahan program pembangunan yang dilaksanakan dan sosio budaya masyarakat Orang Asli yang kurang mementingkan pembangunan. Berasaskan isu demikian, buku ini memaparkan suatu realiti berhubung proses pembangunan masyarakat Orang Asli, terutama yang menjurus kepada persoalan bagaimana proses pembangunan mampu menjadi instrumen dalam proses transformasi gaya hidup masyarakat berkenaan. paparan dibuat berasaskan proses yang berlaku dalam kalangan suku kaum Semaq Beri di Terengganu. Daripada lapan bab yang dikemukakan, empat daripadanya menghuraikan secara langsung tentang pembangunan Orang Asli khususnya suku kaum Semaq Beri. Secara kesluruhannya, buku ini merumuskan bahawa program pembangunan yang dilaksanakan dengan terancang dan telus sesuai dengan persekitaran sosial penduduknya.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Orang Asli Pembangunan Dan Transformasi (2014)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-87-6
  • Availability: In Stock
  • RM 40.00

  • Ex Tax: RM 40.00

Tags: Orang Asli, Pembangunan, Transformasi, Ekonomi, Memburu, Mengumpul hasil hutan, Pertanian, Perikanan, Faktor, Suku kaum, Semaq Beri,