• Terapi Penggantian Metadon Penderitaan Kebergantungan Opiat Yang Boleh Diubati (2013)

Penulis : Nasir Mohamad, Rusli Ismail, Ahmad Zubaidi A. Latif, Mahadzirah Mohamad , Mohd Ekhwan Toriman


Kebergantungan kepada dadah jenis opioid merupakan satu masalah penggunaan opioid yang kritikal yang memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengurusan dan pendekatan penyakit ini. Cabaran utama ke arah kejayaan pengurusan dadah jenis ini ialah apabila mereka kembali semula menggunakan dadah setelah rawatan diberikan. Tidak dapat dinafikan, pengekalan di dalam program Terapi Gantian Metadon (TGM) merupakan satu kunci utama bagi memastikan hasil rawatan yang terbaik. Oleh itu, buku ini menyediakan pemahaman yang asas kepada para pembaca untuk memahami penagihan dadah jenis opiat dan terapi Metadon yang merangkumi penagihan dadah dalam peradaban manusia, asas farmakologi Metadon, kesan-kesan penggunaan opioid kepada perkembangan dan kemajuan manusia, strategi pengurangan kemudaratan, rawatan tingkah laku dan penagihan serta pengurusan kebergantungan opioid dari segi perspektif Islam. Gabungan terapi farmakologi dan rawatan tingkah laku memastikan pendekatan yang menyeluruh dalam pengurusan kerbergantungan opiat. Sebagai tambahan, 6 siri bingkisan dari kisah-kisah benar di dalam buku ini akan menjelaskan lagi kelebihan dan kekurangan dalam pengurusan kebergantungan dadah jenis opiat dalam kalangan individu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Terapi Penggantian Metadon Penderitaan Kebergantungan Opiat Yang Boleh Diubati (2013)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-86-9
  • Availability: In Stock
  • RM 22.00

  • Ex Tax: RM 22.00

Tags: Terapi, Penggantian, Metadon, Penderitaan, Opiat, Dadah, Penyakit, Rawatan, Peradaban, Penagihan, Perspektif, Farmakologi