• Hidrologi Tanah Tinggi dan Tasik (2014)

Penulis/Author: Mohd Ekhwan Toriman, Muhammad Barzani Gasim, Mohd Khairul Amri Kamarudin, Nor Azlina Abd Aziz, Hafizan Juahir


Buku Hidrologi Tanah Tinggi dan tasik ini adalah hasil dari suntingan daripada beberapa penulisan manuskrip hasil penyelidikan yang telah dijalankan di Negeri pahang sebelum ini. Buku ini juga, telah disunting oleh beberapa ahli akademik yang dijemput khas mewakili bidang kepakaran masing-masing. Buku ini memaparkan perubahan persekitaran fizikal khususnya di kawasan permukaan bumi yang bersempadan dengan sungai dan tasik, kesihatan persekitaran dan konflik alam sekitar yang mengganggu kesihatan sesuaru ekosistem, sama ada melibatkan ekosistem daratan atau akuatik. Sebahagian besar daripada isu yang dibincangkan adalah hasil dari dapatan kajian berdasarkan penyelidikan yamg terditri daripada pelbagai padua ilmu khususnya hidrologi dan sedimentologi. 

Buku ini bukan sahaja berjaya membekalkan kepelbagaian maklumat ilmu erkaitan persekitaran yang melibatkan kajian pemodelan dalam hidrolog, hakisan, angkutan dan proses pemendapan, yang sangat relevan dengan aktiviti pembangunan di sekitar persekitaran sungai dan sekeliling tasik. Buku yang memuatkan 12 tajuk makalah yang telah disumbangkan oleh penulis-penulis yang pakar dalam bidangnya. Akhirnya, diharapkan buku ini dapat membantu golongan penyelidik, pendidikan , pelajar dan para graduan lebih memahami konsep dalam hidrologi, angkutan sedimen dan persekitaran yang melibatkan kepelbagaian aktiviti dalam masa dan ruang di dalam atmosfera.



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Hidrologi Tanah Tinggi dan Tasik (2014)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-72-2
  • Availability: In Stock
  • RM 45.00

  • Ex Tax: RM 45.00

Tags: Hidrologi, Tanah, Tinggi, Tasik