• Kemajuan Kaedah Hitungan Falak (2019)

Penulis/Author : Baharrudin Zainal, Sharifah Hamizah Syed Omar, Nurul Afidah Mohd. Toridi, Ahmad Taufan Abdul Rashid.


Apakah yang ada pada naskhah falak alam Melayu? Adakah kandungannya adalah astronomi Eropah yang disalin semula bagi mengisi keperluan sezaman? Atau naskhah falak garapan ulama alam Melayu sebenarnya mengandungi ilmu yang dimajukan daripada sains Tamadun Islam? Persoalan ini terjawab dalam buku ini yang diharap dapat mengubah persepsi sumbangan ulama alam Melayu dalam kaedah matematik dan teknikal berkaitan aplikasi falak. Bagi memenuhi keperluan beberapa aspek ibadat khusus, para ulama alam Melayu telah memajukan kaedah hitungan dan penerbitan maklumat falak. Malahan mereka juga telah menyatakan dengan jelas dalam naskhah falak yang mereka hasilkan langkah-langkah hitungan ini bersama dengan kaedah pengukuran dan penandaannya di lapangan.


Begitu juga dengan penggunaan peralatan atau medium yang berkaitan dengan kaedah hitungan dan pengukurannya. Jika mengambil kira penghasilan naskhah falak alam Melayu yang terawal dikesan pada penghujung abad ke-19M, usaha mereka ini tidak jauh tempoh masanya dengan retorik kerja ukur pemetaan terawal oleh juruukur Inggeris di Tanah Melayu pada tahun 1885M. Dengan pengaruh sains Tamadun Islam, para ulama yang mendapat pendidikan di Mekah, Madinah dan kemudiannya di Mesir telah membawa ilmu ini ke alam Melayu melalui penghasilan sejumlah naskhah falak.


Buku ini telah mengupas kemajuan kaedah hitungan falak berkaitan hitungan waktu solat, sudut kiblat, penyusunan takwim, dan sudut Matahari dalam keadaan tertentu. Hasil hitungan yang melibatkan pengukuran dan penandaannya seperti sudut kiblat dan garisan geografi kemudiannya ditandakan di lapangan. Pada setiap peringkat kemajuan kaedah hitungan falak, penggunaan medium hitungan dinyatakan sama ada ijtihad dengan sains rakyat, kaedah hisab munajjimin, penggunaan sukuan sinus, atau kaedah logaritma. Apabila mesin kira saintifik dimajukan serta era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ahli falak dapat menyesuaikan penggunaan medium ini kerana memenuhi objektif aplikasi falak dalam ibadat. Setiap kaedah hitungan dan penerbitan data falak yang dibincangkan telah disertakan ilustrasi grafik serta rumus moden untuk menunjukkan mutu anasir sains dalam kaedah yang dibincangkan. Sesungguhnya buku ini dapat mencerminkan pencapaian sebenar sains dengan aspek teknikalnya sebagaimana pengamalan ulama alam Melayu pramoden. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Kemajuan Kaedah Hitungan Falak (2019)

  • Product Code: ISBN 978-967-2231-19-6
  • Availability: In Stock
  • RM 49.00

  • Ex Tax: RM 49.00

Tags: Kemajuan, Kaedah, Hitungan Falak, Astronomi, Hitungan, Waktu solat, Sudut kiblat, Penyusunan takwim, Sudut, Matahari