• Citra Akademia Akal Dijentik I Hati Diusap I Tingkah Laku Diubah (2023)

Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh


Bidang kehidupan, pekerjaan dan pendidikan mengalami perubahan drastik dengan kedatangangelombang IR 4.0, fenomena VUCA dan badai COVID-19. Kaedah urus kerja disusun atursemula oleh teknologi IR 4.0. Tiba-tiba manusia dilingkungi oleh dimensi VUCA yang bersifatmeruap, tidak menentu, rumit, dan kabur. Kedatangan COVID-19 pula mempercepatkan prosesperubahan bervariasi. Senario ini menyebabkan landskap pendidikan menempuhpengubahsuaian dan perekaan bentuk semula kurikulum, kaedah PdP, tata kelola, danfungsinya. Universiti dipertanggungjawabkan untuk menyediakan set kemahiran baharu dantenaga kerja yang kompeten dengan perubahan masa hadapan. Pada waktu yang sama,universiti menyedari bahawa perubahan dunia ini membawa bersekali cabaran terhadapsemangat pendidikan yang boleh menghakis budaya peradaban ilmu dan pemikiran, nilai moraldan etika, serta keyakinan hubungan kemanusiaan dengan ketuhanan. Lantaran itu,perancangan berstrategik untuk mengurus perubahan, kesan, dan cabaran yang berlaku didunia pendidikan tinggi adalah sangat diperlukan. Buku ini berkongsi pengalaman untuk tujuantersebut, melalui penjelasan tentang hala tuju, transformasi, dan pelan tindakan akademik yangmeraikan aspek pengubahsuaian dan perekaan bentuk semula. Huraian gagasan FlexibleEducation with Soul yang meneutralkan elemen penghakisan semangat dan roh pendidikandikemukakan. Ciri dan tanggungjawab yang terdapat pada Citra Akademia dalammengendalikan agenda pendidikan abad ke-21 turut dikongsikan. Oleh itu, peranan akademiasebagai murabbi unggul dan pengukuh tradisi keintelektualan dicerakinkan dengan sebaikmungkin. Bersemangat,semi-akademik, santai, dan kadangkala berkiasan merupakan gayaolahan buku ini yang asalnya daripada syarahan dan ucapan. Fikiran pembaca dibawa belayardari pelabuhan yang bercorak teknikal kepada destinasi yang penuh dengan warna-warnikemanusiaan dan keintelektualan. Pendek kata, tidak rugi memiliki dan membacanya.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Citra Akademia Akal Dijentik I Hati Diusap I Tingkah Laku Diubah (2023)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-48-2
  • Availability: In Stock
  • RM 39.00

  • Ex Tax: RM 39.00

Tags: Citra, Akademia, Akal, Dijentik, Hati, Diusap, Tingkah, Laku, Diubah, 2023