Penulis : Wan Nor Shuhadah Wan Nik, Zarina Mohamad, Mohd Nordin Abd Rahman
Buku ini membincangkan pendekatan dan penggunaan teknologi maklumat (|CT) yang terkini dalam pengurusan pandemik COVID-19. Kesan pandemik COVID-19 kepada kehidupan masyarakat dan pelbagai penggunaan semasa teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin. Pemprosesan Imej Digital, Pengkomputeran Awan, Data Raya, Teknologi NFC dan Aplikasi Digital dibincangkan secara ringkas dan padat dalam konteks kehidupan dalam era pandemik. Tidak dapat dinafikan, pandemik ini telah memberi kesan yang besar kepada keseluruhan aspek kehidupan manusia sejagat merangkumi sosial, ekonomi dan kesihatan. Penggunaan teknologi ini telah banyak membantu masyarakat dunia untuk mengadaptasi kewujudan penyakit COVID-19 dalam meneruskan kehidupan seharian. Sorotan perbincangan dalam setiap bab di dalam buku ini diharapkan mampu memberi gambaran dan pemahaman yang lebih jelas kepada para pembaca dan masyarakat tentang kepentingan, kebaikan dan kaedah penggunaan teknologi ini sepanjang tempoh kewujudan COVID-19 dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, perbincangan dalam buku ini juga diharap mampu memberi idea dan membuka ruang pembangunan dan penyelidikan terhadap penambahbaikan penggunaan teknologi ini dalam era COVID-19 sama ada semasa pandemik atau endemik.
Pandemik dalam Era Digital Peranan ICT dalam Menerajui Masyarakat (2025)
- Product Code: ISBN 978-967-2750-86-4
- Availability: In Stock
-
RM 64.00
- Ex Tax: RM 64.00
Tags: Pandemik, Era, Digital, Peranan, ICT, Menerajui, Masyarakat, 2025