• Metodologi Penyelidikan Dalam Pengajian Islam (2025)

Penulis: Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah, Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali, Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin, Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin


Penyelidikan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia kerana ia adalah adalah usaha mencari jawapan kepada persoalan yang timbul dalam kehidupan manusia dengan menggunakan kaedah tertentu. Adalah penting untuk menjalankan penyelidikan dengan metodologi yang sistematik dan tepat agar hasilnya dapat dijadikan rujukan serta diakui keabsahannya. Islam amat menggalakkan manusia mencari jawapan melalui penyelidikan yang sistematik. Penyelidikan Islam tidak terbatas kepada ilmu dan praktis Islam sahaja, bahkan melangkaui setiap cabang ilmu yang bermanfaat bukan hanya kepada manusia bahkan alam.

Modul ini bertujuan memberikan pemahaman yang mendalam kepada pelajar mengenai prasyarat, prinsip-prinsip asas dan etika yang membimbing proses penyelidikan menurut acuan Islam. Modul ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai metodologi penyelidikan Islam yang secara umumnya tidak mempunyai banyak perbezaan dengan metodologi penyelidikan lain. Roh ilmu Islam menerima pakai apa-apa jua metodologi penyelidikan asalkan ia tidak berlawanan dengan nilai-nilai ajaran Islam. 

Modul ini sesuai untuk pelajar yang mengikuti kursus metodologi penyelidikan, khususnya dalam bidang pengajian Islam di semua peringkat pengajian sama ada diploma, siswazah mahupun pascasiswazah. Ia juga sesuai untuk penyelidik yang berminat untuk mendalami teknik penyelidikan Islam dalam mencari jawapan terhadap permasalahan dan persoalan kotemporari.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Metodologi Penyelidikan Dalam Pengajian Islam (2025)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-87-1
  • Availability: In Stock
  • RM 38.00

  • Ex Tax: RM 38.00

Tags: Metodologi, Penyelidikan, Pengajian, Islam, 2025