Pembangunan Modul Mu’allim merupakan usaha yang dilaksanakan
bagi merealisasikanaspirasi gagasan Flexible Education with Soul (FlexS) di
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Pendidikan anjal dengan penerapan
nilai kemanusiaan dan kerohanian ini merupakan agenda pendidikan negara masa
kini dalam melahirkan graduan yang holistik dan seimbang bagi mendepani cabaran
perubahan global. Bagi menjayakan usaha murni, sudah pastinya pensyarah
memainkan peranan yang hebat. Pensyarah perlu disiapkan sebaik mungkin dalam
memikul tanggungjawab ini. Justeru, modul ini dibangunkan sebagai bahan penting
untuk dijadikan panduan dan rujukan asas kepada pensyarah tanpa mengira latar
belakang pendidikan dan aliran dalam membentuk diri menjadi murabbi unggul.
Murabbi unggul adalah insan yang berupaya mengintegrasikan
ilmu dan iman sebagai tunjang pendidikan bahkan berfungsi sebagai pendidik dan
pembimbing yabg juga mampu melahirkan generasi terpelajar yang berkeperibadian
mulia dan luhur. Enam topik yang dibincangkan dalam modul ini saling melengkapi
iaitu bermula dengan tajuk Akidah yang Sahih, diikuti tajuk Pemantapan Budaya
Ilmu, Mu’allim sebagai Role Model, Pemerkasaan Pembelajaran Sepanjang Hayat,
Pemupukan Gaya Hidup Sejahtera dan diakhiri dengan tajuk Ukhuwah dan Mahabbah.
Buku ini bukan sahaja sesuai menjadi bacaan kepada pensyarah
atau pendidik, bahkan juga sesuai sebagai bacaan umum kepada semua lapisan
masyarakat dengan gaya bahasanya yang mudah dan huraiannya yang jelas dan
tersusun. Pembentukan keperibadian mulia dan tanggungjawab mewujudkan biah
solehah adalan kewajipan setiap individu demi kesejahteraan bersama merupakan
amanah yang dipikul bersama.
Modul Mu’allim (2025)
- Product Code: ISBN 978-967-2750-88-8
- Availability: 2-3 Days
-
RM 44.00
- Ex Tax: RM 44.00
Tags: Pembangunan, Modul, Mu’allim, 2025