Penulis: W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail, Ab. Aziz Sulaiman
Buku ini menyajikan pembaca dengan pelbagai pendekatan
pedagogi yang membentuk asas pengajaran efektif serta konsep penting yang
membantu pendidik memahami peranan mereka. Buku ini juga mengetengahkan pelbagai
teknik beserta contoh yang boleh digunakan untuk meningkatkan keterlibatan
pelajar. Selain itu, Teori Pembelajaran juga dikemukakan bagi memberikan
pemahaman mendalam tentang cara pembelajaran pelajar dan kaedah yang boleh
digunakan untuk menerapkan teori-teori ini dalam pengajaran. Model-model
pengajaran yang telah terbukti berkesan di seluruh dunia juga turut
diketengahkan, di samping kupasan terperinci tentang pelbagai kaedah pengajaran
tradisional dan inovatif yang boleh digunakan. Akhir sekali, modul ini mengupas
secara terperinci kaedah pengajaran yang pelbagai, dari kaedah tradisional
hingga kaedah inovatif. Setiap kaedah dibincangkan dengan teliti, termasuk
kelebihan dan kekurangan, serta situasi yang paling sesuai digunakan.
Ringkasnya, buku ini adalah panduan lengkap bagi pendidik,
guru pelatih, dan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan pengetahuan tentang
seni dan sains pengajaran kerana ia
menawarkan panduan praktikal dan teori yang diperlukan untuk menjadi
pendidik yang lebih baik dalam meningkatkan kemahiran mengajar.
Pedagogi Dalam Pendidikan (2025)
- Product Code: ISBN 978-967-2750-90-1
- Availability: In Stock
-
RM 34.00
- Ex Tax: RM 34.00
Tags: Pedagogi, Pendidikan, 2025