Universiti Sultan Zainal Abidin adalah pilihan yang tepat atas pelbagai sebab. Terletak di salah sebuah negeri yang terindah di Malaysia, UniSZA menawarkan pendidikan bertaraf dunia dengan kos berpatutan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif. Berlandaskan nilai-nilai Islam, pendidikan UniSZA terbuka kepada semua. UniSZA yang mendapat nombor 95 dalam kedudukan QS di Asia telah menjadi pilihan utama untuk beribu-ribu pelajar antarabangsa yang datang dari lebih 40 negara yang berbeza.

Kami mempunyai kemudahan fasiliti yang terbaik.  UniSZA ialah universiti awam terkini yang mengendalikan hospital pengajar di negara ini.  Makmal sains kami adalah komprehensif dan dilengkapi dengan teknologi terkini untuk para penyelidik dan pelajar. Kakitangan akademik UniSZA adalah dikalangan individu yang cemerlang, memiliki pengalaman di peringkat antarabangsa dan ramai di antara mereka merupakan pakar peneraju dalam bidang masing-masing. Apabila memilih UniSZA, anda memilih kecemerlangan. Pensyarah kami mengutamakan pelajar, di mana keperluan anda adalah keutamaan kami.

Pusat Antarabangsa (IC) bertanggungjawab untuk membantu calon yang berminat untuk memohon ke UniSZA seperti memenuhi keperluan imigresen dan sebagainya. Pada masa yang sama pihak IC sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan daripada anda berkenaan universiti. Kami juga berusaha dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelajar antarabangsa yang sedia ada dengan pelbagai cara termasuklah menjaga kebajikan mereka dan memastikan segala keperluan mereka di UniSZA dipenuhi.

VISA Pelajar

Pusat Antarabangsa (IC) bertanggungjawab untuk semua urusan visa bagi pelajar antarabangsa UniSZA dan tanggungan mereka.

Untuk memohon visa pelajar, sila rujuk senarai semak yang berkaitan di bawah dan hubungi IC pada bila-bila masa untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan visa anda.

Program Mobiliti

Luaskan pandangan dan tingkatkan pengalaman antarabangsa anda melalui pelbagai pertukaran budaya dan pengetahuan melalui program mobiliti kami yang melibatkan penempatan pelajar di luar negara atau di universiti/institusi dalam negara.

Antara program mobiliti yang ditawarkan di UniSZA termasuklah:

  • Edupelancongan
  • Pertukaran Mobiliti UniSZA (U&ME)
  • Pertukaran Mobiliti Berkredit


Program Kursus Antarabangsa Bahasa Inggeris (ELITE)

Kursus Antarabangsa Bahasa Inggeris (ELITE) dibangunkan khusus untuk pelajar antarabangsa yang telah menerima surat tawaran bersyarat bagi mendaftar program sarjana muda atau pasca siswazah di UniSZA tetapi belum memenuhi syarat kemasukan bahasa Inggeris universiti. Pelajar yang mendaftar dalam ELITE akan dianggap sebagai pelajar sepenuh masa UniSZA dan akan mempunyai visa pelajar yang diuruskan oleh universiti. Yuran kursus ini adalah RM2,770 bagi setiap sesi. Calon ELITE akan menduduki ujian penempatan yang akan menentukan tahap bahasa Inggeris mereka dan anggaran bilangan sesi yang diperlukan sebelum calon mencapai tahap bahasa Inggeris yang ditetapkan untuk memulakan pengajian akademik mereka.

EMGS One Stop Centre

Untuk pertanyaan Permohonan Visa :

Tingkat 20 Menara TA Satu, 22 Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

T: +603 2782 5888
F: +603 2711 8533
E-mel: visa@educationmalaysia.gov.my

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat | 9 Pagi hingga 6 Petang | Ditutup pada hari kelepasan am Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur).

International Centre​

The International Centre (IC) is responsible for assisting candidates interested in applying to UniSZA with their immigration needs. At the same time IC is here to answer any questions you may have about the university. We also work to serve our existing international students in a variety of ways including supporting their welfare while with us and ensuring their time at UniSZA meets all their needs.