Artikel

Cetak

Sekapur Sirih

بسم الله الرحمن الرحيم
drالحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana melayari laman sesawang Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

FBK ditunjangi oleh tiga pusat pengajian utama iaitu, Pusat Pengajian Bahasa Arab, Pusat Pengajian Bahasa Inggeris dan Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi. Setakat ini, FBK merupakan satu-satunya fakulti bahasa yang terdapat di Pantai Timur. Oleh itu, FBK berhasrat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam bidang bahasa dan komunikasi di UniSZA menerusi pelbagai agenda ilmu. Justeru, laman web ini berperanan sebagai perantara dan penghubung antara fakulti dengan masyarakat menerusi paparan informasi terkini mengenai program pengajian, penyelidikan dan penerbitan, aktiviti fakulti dan berita yang sentiasa dikemas kini, di samping menjadi wadah untuk menyebarluaskan visi, misi dan objektif fakulti.

Selari dengan visi UniSZA sebagai sebuah Universiti Islam Integrasi Kontemporari, FBK berhasrat melahirkan pelajar bahasa yang dinamik dan berdaya saing serta berilmu dan berakhlak. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Sheikh Abdul Qadir al Jailani, "Saya yakin insan yang beradab jauh lebih dihargai berbanding insan yang berilmu". Jadi, marilah kita sama-sama menampilkan kecemerlangan ilmu yang diterjemahkan melalui keterampilan bahasa yang penuh sopan santun dan hemah menerusi komunikasi yang menitikberatkan hikmah.
Selamat datang ke laman web FBK.

Sekin, terima kasih.

Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Latiff Azmi
Dekan FBK