Bengkel Pemerkasaan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dan Bengkel Penerbitan Buku Bertema
Pada 22 Julai 2019 Pusat Pengajian Bahasa Arab (PPBA), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah berjaya menganjurkan dua bengkel selama tiga hari bersama Profesor Pelawat Fakulti iaitu Profesor Dr. Rosni bin Samah. Bengkel ini bertempat di bilik mesyuarat FBK, UniSZA melibatkan semua pensyarah PPBA.
Bengkel ini juga menggabungkan dua objektif utama yang ingin dicapai iaitu pemerkasaan program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan penerbitan buku bertema untuk PPBA. Bengkel ini bertujuan untuk memperoleh input kepakaran dan pengalaman Profesor Pelawat dalam semakan program akademik dari segi prosedur semakan program akademik dan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam semakan tersebut. Manakala tujuan yang kedua adalah untuk mengenal pasti idea yang bernas dalam penulisan buku bertema melalui perkongsian pengalaman Profesor Pelawat yang telah menghasilkan beberapa buah buku bertema.
Hasil daripada bengkel ini, beberapa siri bengkel semakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dilaksanakan di peringkat PPBA. Bengkel semakan yang pertama telah berjaya diadakan selama dua hari pada 7 dan 8 Oktober 2019.
ll Galeri ll