طباعة

PBAAT 2019: HIMPUNAN PENYELIDIK DAN AHLI AKADEMIK

كتب بواسطة: Pentadbir.

portal

 

Buat julung kalinya bumi UniSZA menyaksikan penyelidik dan ahli akademik bahasa Arab Asia Tenggara berhimpun dalam satu persidangan yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UniSZA. Persidangan Bahasa Arab Negara-negara Asia Tenggara Kali Ke- 3 (PBAAT 2019) telah berlangsung dengan jayanya pada 11 dan 12 September 2019, bertempat di UniSZA Kampus Gong Badak. Persidangan ini dianjurkan secara bersama oleh UniSZA dan Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Ikatan Pengajar Bahasa Arab Se-Indonesia, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry dan Yayasan Asia Tenggara Kerajaan Thailand.

Persidangan kali ketiga ini meneruskan legasi yang telah dimulakan pada persidangan kali pertama di Brunei pada tahun 2017 dan kali kedua di Acheh, Indonesia pada tahun lepas. Persidangan kali ketiga ini memberikan tumpuan kepada aspek penyediaan buku teks bahasa Arab yang merupakan salah satu elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

طباعة

Jamuan Aidilfitri FBK 2019

كتب بواسطة: Pentadbir.

s2

Fakulti Bahasa dan Komunikasi mengadakan Majlis Jamuan Aidilfiri pada 2 Julai lalu. Majlis diadakan di bilik Mesyuarat FBK pada jam 11 pagi. Majlis ini bukan sahaja diraikan oleh staf FBK malah FBK turut mengundang staf dari Ptj yang lain untuk sama-sama merasai pelbagai juadah yang disediakan oleh warga FBK. Majlis diserikan dengan dendangan lagu hari raya. Majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama warga UniSZA.

 

ll Galeri ll

طباعة

Minggu Mesra Siswa Diploma TESL 2019

كتب بواسطة: Pentadbir.

mms

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah mengadakan Minggu Mesra Siswa (MMS) peringkat fakulti bagi pelajar Diploma TESL pada 21 Jun lalu. Program ini berlangsung di bilik Umar 01 dan 02. Pada semester kali ini, FBK menerima seramai 78 orang pelajar.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh wakil pelajar FBK. Majlis diteruskan dengan ucapan Dekan FBK, Prof. Madya Dr. Zulazhan bin Ab. Halim yang seterusnya merasmikan majlis tersebut. Sejurus ucapan dan perasmian majlis, para pelajar diberi penerangan dan gambaran awal mengenai FBK serta program-program yang akan diadakan sepanjang tahun di FBK. Selain itu, para pelajar juga diberi taklimat mengenai struktur pengajian mereka selama berada di UniSZA oleh Ketua Pusat Pengajian masing-masing.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah pengurusan fakulti. Program ini dilihat mampu membantu para pelajar baharu bagi mendapat gambaran awal mengenai fakulti mereka. Selain itu, program MMS membolehkan para pelajar bersuai kenal dengan pensyarah dan staf FBK. Semoga program yang diadakan ini, mampu merangsang semangat pelajar untuk memulakan sesi pengajian di FBK.

 

ll Galeri ll