Print

SHABAS 2020

Written by Pentadbir.

 

1232

Unit Bahasa Arab Persatuan Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan Kerjasama Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah berjaya menganjurkan program Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia pada 18 Disember 2020 yang lalu. Sambutan ini diadakan di atas talian melalui platform Live Streamyard, Facebook dan telah melibatkan semua pelajar UniSZA serta terbuka juga kepada komuniti luar yang berminat untuk sertai bersama.

Program ini merupakan program tahunan bagi Unit Bahasa Arab, Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia yang jatuh pada tanggal 18 Disember setiap tahun. Selain itu, program ini dapat mengasah bakat dan kemahiran berbahasa Arab melalui aktiviti dan pertandingan yang dijalankan. Antaranya ialah, pertandingan mencipta poster, melukis komik, membaca berita, dan juga pidato Arab serta forum bersama panel antarabangsa. Akhir sekali, program ini diadakan tidak dapat tidak untuk memartabatkan lagi bahasa Arab sebagai bahasa ilmu yang terpenting dan perlu dikuasai.

Program ini telah mendapat sambutan mahasiswa/mahasiswi UniSZA dan juga universiti lain. Tidak dilupakan juga buat komuniti luar yang turut memeriahkan lagi program ini sehinggakan tontonan di Live Streamyard, Facebook telah mencecah 3 ribu penonton.

Hasil daripada program ini, mahasiswa dan mahasiswi semakin bersemangat untuk menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa yang wajib dipelajari. Begitu juga dengan komuniti luar, mereka bertambah yakin bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang penting dan perlu dipelajari oleh semua peringkat umur.

Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia (SHABAS 5.0). Kami berharap program seperti ini sentiasa mendapat sokongan daripada pihak universiti demi masa depan pelajar terutamanya pelajar UniSZA. Semoga dengan program yang memartabatkan bahasa Arab seperti ini dapat meningkatkan lagi kesungguhan pelajar untuk menguasai ilmu bahasa Arab.

Print

Program bersama Profesor Pelawat Pusat Pengajian Bahasa Inggeris (PPBI)

Written by Pentadbir.

WhatsApp Image 2020-12-09 at 12.00.44 PM

Program bersama Profesor Pelawat Pusat Pengajian Bahasa Inggeris (PPBI), Fakulti Bahasa dan Komunikasi iaitu YBhg. Profesor Dr. Jayakaran Mukundan telah berlangsung pada 16 Disember 2020, hari Rabu, pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi bertajuk Creative Writing: Scaffolding Technique. Program ini telah dihadiri oleh 208 pelajar yang terdiri dari pelajar semester lima program Diploma of Teaching of English as a Second Language (TESL) dan pelajar semester satu, tiga dan lima program Bachelor of English with Communication (BEN). Program ini diadakan untuk memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dirancang. Antara tiga objektif utama penganjuran program termasuklah memberi pendedahan tentang elemen penulisan kreatif bahasa Inggeris terutamanya dalam aspek sajak dan puisi, mengenal pasti sumber untuk menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif dalam pembikinan karya sajak bahasa Inggeris dan memberi peluang kepada pelajar untuk menyebar luas karya sajak menerusi media di peringkat nasional dan antarabangsa. Program diakhiri dengan sesi soal-jawab tentang isu penghasilan penulisan dan penerbitan sajak. Program ini telah mendapat sambutan dari pelajar kedua-dua program.

 

ll Galeri ll

Print

A DAY WITH YOUR FACULTY POSTGRADUATE SUPERVISOR

Written by Pentadbir.


WhatsApp Image 2020-10-13 at 1.06.36 PM

Sebuah program taklimat dan perkongsian melalui aplikasi Webex Cisco telah  diadakan oleh bahagian siswazah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi pada 30 November 2020 yang disampaikan oleh Penyelaras siswazah FBK iaitu Dr. Ahmad Taufik Hidayah bin Abdullah. Program tersebut bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada semua pelajar siswazah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, baik yang ada di Malaysia dan juga yang ada di luar negara. 

Perkongsian maklumat tersebut mencakupi bidang yang berkait dengan semua proses dan prosedur dalam pengajian seperti pendaftaran/penyeliaan/proposal defense/pre-viva/viva-voce dan maklumat penting lain yang berkaitan dengan siswazah.

Seramai 45 pelajar lokal dan antarabangsa  mengikuti sesi tersebut yang diakhiri dengan sesi soal-jawab. Semua persoalan yang dikemukan oleh para pelajar telah diberi penjelasan oleh penyelaras siswazah. Semoga program seperti ini dapat diadakan secara berkala dengan tujuan untuk  membantu para pelajar siswazah kita dalam pengajian mereka.