Cetak

Sesi Taklimat Audit

Ditulis oleh FBK.

Sesi Taklimat Audit Pengajaran 2013

Selasa |15 Januari 2013 : Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah mengadakan satu sesi taklimat audit penagajaran serta penyediaan fail kursus kepada semua staf akademik peringkat fakulti. Sesi taklimat tersebut telah dikendalikan oleh YM. Engku Suhaimi Engku Atek yang bermula pada jam 2.30 petang bertempat di bilik Umar 01. Para staf akademik didedahkan tentang penyediaan fail kursus serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Sesi taklimat berakhir pada jam 4 petang.

|| Gambar ||

Cetak

Bengkel Buku Bertema II

Ditulis oleh Pentadbir.

Peserta bengkel bergambar dengan fasilitator bengkel Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri Mat Teh

 

Berikutan daripada kejayaan menghasilkan buku bertema pertama "Dinamika Pendidikan Bahasa Arab: Menelusuri Inovasi Profesionalisme Keguruan", Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA telah menganjurkan lagi bengkel penyediaan penulisan buku bertema untuk kali kedua bagi kakitangan Jabatan Bahasa Arab pada Khamis, 20 Disember 2012, yang telah dirasmikan oleh Dr. Zulazhan bin Ab. Halim selaku Ketua Jabatan. Bengkel tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah, FBK. Seramai 15 kakitangan Jabatan Bahasa Arab telah menyertai bengkel pada kali ini.

|| Gambar || Bengkel Buku Bertema I ||

Cetak

Taklimat Program Penguasaan Bahasa Arab Untuk Tujuan Komunikasi FPPP

Ditulis oleh Pentadbir.

26 September 2012 | Pihak Jabatan Bahasa Arab, FBK telah mengadakan sesi taklimat program Penguasaan Bahasa Arab untuk Tujuan Komunikasi kepada seramai 156 pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan  (FPPP) yang menyertai program ini. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pengarah program iaitu Encik Mohd Shahrizal bin Nasir. Sesi ini juga diserikan dengan slot motivasi oleh ketua Jabatan Bahasa Arab, Dr. Zulazhan bin Abdul Halim. Sesi pengajaran dan pembelajaran  akan dijalankan pada setiap hari Rabu selama dua semester bermula sesi pengajian semester 1, 2012/2013.

Program ini merupakan satu usaha untuk memberi nilai tambah kepada para pelajar berkaitan penguasaan bahasa asing sebagai bahasa ketiga. Hasrat murni pihak Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) yang melihat keperluan bahasa Arab dikuasai oleh para pelajar FPPP amat wajar direalisasikan dengan kerjasama antara FBK dan FPPP. Justeru, kesemua aktiviti yang dirancang sepanjang program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan kumpulan pelajar sasaran, selain untuk menambah keyakinan dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa al-Qur’an.

|| Gambar ||