Cetak

Majlis Setulus Kasih Seindah Memori

Ditulis oleh Pentadbir.

kakapah3

 

Setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang akademik, YM. Puan Sharifah Nor Madiah binti Syed Omar kini telah bersara pada 15 September 2018. Beliau dikenali sebagai seorang yang amat berdedikasi dan komited terhadap tugasnya. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menjawat pelbagai jawatan seperti koordinator program, ketua jabatan dan timbalan dekan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Beliau juga amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja.

Majlis yang dinamakan Setulus Kasih Seindah Memori telah dianjurkan oleh pihak fakulti sempena meraikan persaraan beliau. Ia bertujuan memperingati serta menghargai segala sumbangan beliau sepanjang keberadaan di UniSZA. Majlis tersebut telah diadakan di Am Transit Inn pada 4 September 2018. Ia telah dihadiri oleh staf-staf FBK termasuk mereka yang telah bersara. Warga fakulti mendoakan beliau diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan pada hari-hari mendatang.

 

ll Galeri ll

Cetak

LAWATAN PENASIHAT LUAR

Ditulis oleh Pentadbir.

ppbmk

 

Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi, FBK kini dalam rangka menawarkan dua program baharu untuk ditawarkan pada sesi pengajian semester 1, 2019/2020. Program-program baharu tersebut ialah Sarjana Muda Perhubungan Awam dengan Media Kontemporari dan Sarjana Muda Bahasa Melayu Kontemporari dengan Media Interaktif (Kepujian).

Sehubungan dengan itu, pusat pengajian telah menjemput penasihat-penasihat luar untuk dua program tersebut bertujuan meneliti dan menilai kesesuaian kursus-kursus yang bakal ditawarkan dalam kedua-dua program pengajian tersebut. Perjumpaan selama dua hari iaitu pada 8 hingga 9 Ogos 2018 itu telah berjalan dengan lancar. Pelbagai cadangan dan saranan untuk penambahbaikan isi kandungan program telah dibincangkan sepanjang program itu berlangsung.

 

ll Galeri ll

Cetak

LAWATAN AKADEMIK MODERN LANGUAGE CENTRE (MLC), JORDAN KE FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

lwtn

Pusat Pengajian Bahasa Arab (PPBA), telah berbesar hati menerima kunjungan dari pihak pengurusan Modern Language Centre Amman, Jordan ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) pada 28 Ogos 2018. Mereka yang hadir adalah pengarah MLC iaitu Mr. Faris Awad selaku pemilik pusat tersebut bersama seorang staf pentadbiran dan seorang guru bahasa Arab.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkenalkan MLC kepada pelajar dan staf akademik yang berminat mendalami bahasa Arab di Jordan. Di samping itu, ia bertujuan mewujudkan sebarang usahasama antara PPBA dan MLC dalam apa jua bidang berkaitan bahasa Arab.

Antara intipati perbincangan berkisar tentang perkhidmatan bahasa yang ditawarkan, ujian kompetensi bahasa Arab, serta kemudahan fasiliti yang disediakan seperti penginapan asrama yang bersebelahan pusat bahasa dan penyediaan citarasa makanan mengikut selera pelajar. Pelajar akan turut dibawa melawat tempat-tempat perlancongan terkenal sepanjang mengikuti pengajian bahasa di sana, di samping merasai sendiri pengalaman bermuamalah dengan masyarakat Arab setempat.

PPBA sentiasa membuka ruang kepada pihak industri luar memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka untuk pemerkasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Semoga pada masa akan datang wujudnya kerjasama yang erat antara PPBA dan industri luar dari dalam mahu pun luar negara dalam memartabatkan bahasa Arab di UniSZA.

 

ll Galeri ll