Cetak

Inovasi Bahasa Arab

Ditulis oleh Pentadbir.

WhatsApp Image 2020-10-08 at 12.23.37 PM

Tiga kumpulan produk inovasi yang diketuai oleh para pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah berjaya memenangi pingat emas, perak dan gangsa di Pertandingan E-Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab (Arabic International E-Innovation Teaching & Learning – AiiTeL2020), UPSI yang telah berlangsung secara dalam talian pada 7 Oktober 2020. Produk yang diberi nama iGQA: Modul Infografik Beranimasi Pembelajaran Tatabahasa Arab telah berjaya memenangi pingat emas. Menurut ketua penyelidik bagi produk tersebut yang diketuai oleh En. Mohd Fauzi bin Abdul Hamid, produk iGQA adalah satu modul infografik pembelajaran tatabahasa Arab yang dipersembahkan dalam bentuk animasi. Produk ini bersesuaian dengan perkembangan semasa yang mengaplikasikan pembelajaran secara dalam talian. Ahli penyelidik yang lain terdiri daripada Prof. Madya Dr. Zulazhan bin Ab. Halim, Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri bin Sahrir (UIAM) dan En. Mohd Shahrizal bin Nasir.

Selain itu, satu lagi penyertaan telah berjaya memenangi pingat perak. Aplikasi i-Tasheel merupakan satu bahan pembelajaran mudah alih yang mengandungi kandungan asas bahasa Arab. Para pensyarah yang terlibat dalam penghasilan produk ini ialah En. Mohd Firdaus bin Yahaya, Prof. Madya Dr. Zulazhan bin Ab. Halim, Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri bin Sahrir (UIAM) dan En. Mohd Shahrizal bin Nasir.


Penyertaan ketiga yang mempertandingkan produk yang diberi nama ARABest@Zappar pula telah berjaya memperoleh pingat gangsa. Bahan pembelajaran Bahasa Arab ini menggabungkan teknologi AR dalam penghasilannya. Produk ini diketuai oleh Dr. Siti Salwa binti Mohd Noor dan melibatkan seorang ahli penyelidik, iaitu Dr. Norasyikin binti Osman.

Semoga dengan penyertaan dan kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua dalam mencipta produk inovasi yang boleh menyumbang ke arah pemerkasaan bidang pendidikan Bahasa Arab di Malaysia.

 

ll Galeri ll

Cetak

BENGKEL PENULISAN ABSTRAK TESIS

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA telah mengadakan Bengkel Penulisan Abstrak Tesis pada 25 Ogos 2020 yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh. Beliau merupakan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UniSZA dan juga merangkap "Malim Sarjana" Fakulti Bahasa dan Komunikasi.

Bengkel tersebut dihadiri oleh para staf akademik fakulti yang terdiri daripada penyelia siswazah FBK, para calon penyelia siswazah dan juga ahli jawatankuasa abstrak siswazah fakulti. Bengkel tersebut mempunyai objektif untuk memberi pendedahan dan membantu penyelia serta calon penyelia siswazah dalam menghasilkan abstrak tesis yang berkualiti dan seterusnya boleh membantu dan membimbing pelajar dibawah seliaan dalam menulis abstrak tesis yang baik dan berkualiti.

Bengkel tersebut juga dapat membantu para ahli jawatankuasa abstrak siswazah fakulti dalam tugasan mereka menyemak abstrak tesis pelajar siswazah di fakulti Bahasa dan Komunikasi. Bengkel telah berjalan dengan jayanya dan dilaksanakan dalam suasana yang ceria. Para peserta mengungkapkan keterujaan dengan perkongsian ilmu tentang cara penulisan abstrak tesis yang sangat berguna.

Semoga kehadiran Malim Sarjana FBK, Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh pada masa hadapan akan dapat menaikkan semangat dan kebersamaan dalam kalangan ahli akademik di Fakulti Bahasa dan Komunikasi dalam mencapai kejayaaan.

 

ll Galeri ll

Cetak

Buku ‘Koleksi Ungkapan Bahasa Arab’ Hasil Kerjasama Tenaga Pensyarah dan Pelajar

Ditulis oleh Pentadbir.

takuba

 

Usaha yang digemblengkan oleh para pensyarah dan pelajar daripada Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi terhasil apabila sebuah buku bahasa Arab bertajuk 'Al-Ta'birat al-Arabiyyah: Koleksi Ungkapan Bahasa Arab' dapat diterbitkan pada tahun ini. Penulis buku ini terdiri daripada para pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab FBK; Encik Fauzi Abdul Hamid dan Prof. Madya Dr. Elsayed Salem, pelajar Sarjana; Saudara Saiful Radzi Roslan dan Saudara Amir Zainudin, alumni Sarjana Muda; Saudara Mohamad Fakhrul Fahmi Mat Yusop dan pelajar Sarjana Muda; Saudara Che Engku Khairul Ahmad Che Engku Rozali. Pemilihan ungkapan bahasa Arab ini juga dibantu oleh sekumpulan pelajar yang mengikuti kursus bahasa Arab di Maghribi.

Buku ini adalah hasil daripada rentetan perkongsian ungkapan bahasa Arab secara grafik dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Telegram rasmi Unit Bahasa Arab, Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk dikongsi dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Perkongsian dalam talian tersebut mula mendapat permintaan orang ramai untuk dibukukan. Atas inisiatif pensyarah dan pelajar serta alumni, permintaan tersebut akhirnya direalisasikan dalam bentuk buku.

Terdapat 100 koleksi ungkapan bahasa Arab yang lazim diucapkan dalam kehidupan seharian dipersembahkan dalam bentuk grafik dan teks yang berwarna. Ungkapan tersebut disertakan dengan penggunaan ayat yang disesuaikan dengan situasi untuk menuturkannya. Selain itu, susunan ungkapan dalam buku tersebut berkesinambungan antara satu ungkapan dengan ungkapan yang lain yang akhirnya menghasilkan satu cerita. Buku ini bukan semata-mata satu koleksi ungkapan bahasa Arab sahaja tetapi ia merupakan himpunan ungkapan dalam bentuk penceritaan. Dengan berlatarbelakangkan kisah Ahmad dan Musa yang menjadi watak utama dalam perbualan ungkapan buku ini ia menjadikannya suatu kelainan berbanding buku koleksi lain yang ada dipasaran.

Buku ini bukan sahaja harus dijadikan satu buku koleksi yang mesti dimiliki oleh guru dan pelajar bahasa Arab sama ada diperingkat rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi serta pembaca awam yang mempunyai asas bahasa Arab malah ia sesuai untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat yang ingin belajar bahasa Arab kerana buku ini disertakan dengan terjemahan bahasa Melayu. Semoga penghasilan buku ini memberi manfaat kepada pembaca yang mencintai bahasa Arab.