• ARTIKEL
  • Lawatan Kerja Delegasi IJN Ke Hospital Pengajar UniSZA

Lawatan Kerja Delegasi IJN Ke Hospital Pengajar UniSZA

Kuala Nerus, 23 Mei 2022 - Satu Lawatan Kerja Institut Jantung Negara (IJN) ke Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) telah diadakan hari ini.
 
Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Datuk Dr. Aizai Azan bin Abdul Rahim, Group Chief Executive Officer Institut Jantung Negara bagi membincangkan perkhidmatan kardiologi di HPUniSZA.
 
Lawatan kerja ini juga disambut baik oleh Dr. Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him, Pengarah Pusat Pembangunan Hospital Universiti dan Ahli Pengurusan HPUniSZA.