KUALA NERUS, 27 April - Majlis Kolej Kediaman (MKK) UniSZA telah menganjurkan program Lawatan Benchmark MKK UniSZA x JPK Kampus Mawar UiTM Shah Alam pada 27 April 2024 bertempat di Kampus Gong Badak.

Dengan UniSZA sebagai tuan rumah bagi tahun ini, program berkonsepkan kepimpinan ini melibatkan penyertaan barisan MKK dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kampus Mawar berserta pegawai daripada kedua-dua universiti. 

Program ini juga bertujuan untuk menyatukanp perwakilan kolej di bawah satu platform untuk berbincang dan bertukar ideaserta pandangan tentang perihal-perihal kolej kediaman. 

Bagi menyahut seruan elemen Malaysia MADANI yang ke-2 iaitu Kesejahteraan, MKK berasa bertanggungjawab untuk membantu pelajar sama ada di peringkat sekolah atau di peringkat pengajian tinggi terutama dari aspek kesihatan.