KUALA NERUS, 31 Mei - Majlis Kolej Kediaman telah menganjurkan program “Sukan Kolej Kediaman UniSZA 1.0” selama satu hari yang berlangsung pada 31 Mei 2024.

Penganjuran program ini telah mendapat kerjasama dari Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Pejabat Kolej Kediaman Dan Kesihatan Pelajar (KKKP) UniSZA, Pusat Sukan Dan Rekreasi (PSR), Kelab E-Sport UniSZA dan persatuan mahasiswa serta kelab - kelab yang terlibat dan bernaung di bawah universiti.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah KKKP, Dr. W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail bertempat di Auditorium Blok Akademik.

Walaupun hanya dua acara sukan sahaja yang dipertandingkan iaitu Subuh Fun Run dan Rhino E-sport, namun ianya telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari penghuni-penghuni kolej kediaman terutamanya acara e-sukan yang telah menerima sebanyak 97 penyertaan.

Adat pertandingan ada kalah ada yang menang namun tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang dan mencungkil bakat penghuni kolej kediaman dalam bidang sukan sekaligus memupuk sifat kesedaran tentang kepentingan bersukan, bersosial dan menjaga kesihatan.