Kuala Nerus, 10 Jun - Seksyen Kediaman Luar Kampus (SKLK) di bawah Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar (KKKP) telah mengadakan Program Penyerahan Watikah Pelantikan Jawankuasa Pelajar Luar Kampus (JPLK) Sesi Akademik 2024/2025 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun UniSZA Kampus Gong Badak.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang oleh En. Rusdi bin Muda selaku Ketua Seksyen Pelajar Luar Kampus dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah KKKP, YBrs. Dr. W Omar Ali Saifuddin bin Wan Ismail.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Dr. Nur Saadah binti Mohd Shapri, Pengetua Luar Kampus, Kampus Besut dan lima orang felo yang terdiri daripada felo dalam kampus dan felo luar kampus

Seramai 17 pelajar telah menerima watikah pelantikan JPLK dalam program tersebut dan ini merupakan kali pertama ahli JPLK dilantik secara rasmi seiring dengan penubuhan Seksyen Kediaman Luar Kampus.

Daripada jumlah penerima watikah,10 orang pelajar adalah dari Kampus Gong Badak manakala selebihnya dari Kampus Besut.

Lafaz ikrar telah diketuai oleh Saudara Suhail bin Ahmad Kamel di hadapan barisan Pengurusan KKKP. 

Berikut merupakan senarai penerima watikah:

1.    Suhail bin Ahmad Kamel

2.    Nurul Nabila Batrisyia binti Mohamad Nizam

3.    Nur Syazwanie ‘Alisyah Aimi binti Suhaimi

4.    Zahra Nazwa binti Mohd Rusli

5.    Siti Nur Syahirah binti Mohd Saufe

6.    Izzatul Iman binti Mohamed Aslam

7.    Nur Ain Batrisya binti Yusni

8.    Nur Farhana binti Redzuan

9.    Che Nurul Amirah binti Che Zukri

10. Nur Farzana binti Abd Rahman

11. Nurul Husna binti Mohamad

12. Nur Aina Safiah binti Mohamad Jamili

13. Nur Aina Aqilah binti Zamry

14. Noor Farizan binti Mohamad

15. Syamilia Farhana binti Shamsudin

16. Nur Amalin Najihah binti Mohamed

17. S’ng Ruey Torng