SEJARAH PENUBUHAN


 
  • Persetujuan dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu pada 17 Ogos 1978 bagi menubuhkan sebuah institusi Pengajian Tinggi Islam.
  • Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ditubuhkan pada pada 27 Januari 1980 bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan agama, khususnya kepada rakyat negeri Terengganu serta melaksanakan sistem pendidikan Islam yang lebih sistematik.
  • Kewujudan asrama bermula pada 24 April 1981 seiring dengan penempatan sementara KUSZA di sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Hiliran, Pulau Kambing.
  • Setelah perletakkan batu asasnya oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 17 Mac 1981, KUSZA telah berpindah ke kampus tetap di Gong Badak pada akhir Disember 1982. Sebanyak 22 buah blok asrama disediakan untuk menampung bilangan pelajar yang diterima masuk ke KUSZA.
  • Pada 1 Januari 2006, KUSZA secara rasminya telah dinaik taraf kepada Universiti Darul Iman (UDM). Empat blok bangunan telah disewa sementara di luar kampus di Tok Jembal dan Wakaf Tengah bagi menampung pertambahan pelajar.
  • Sebuah bangunan milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) disewa di Kampung Ladang pada tahun 2007 bagi menempatkan pelajar dari Kampus Perubatan.
  • Pada tahun 2008, 17 buah bangunan asrama baru berkonsepkan apartment telah siap dibina dan dijadikan penginapan rasmi atlet bagi Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan di Terengganu.
  • Pada 14 Mei 2010, nama UDM ditukar kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Nama Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II, Sultan Terengganu ke-11 diguna pakai bagi menghormati jasa Duli Yang Maha Mulia dalam menyebarkan ilmu dan agama di negeri Terengganu.
  • Pada tahun 2013, sebuah kampus baru di daerah Besut telah dirasmikan dan mempunyai tiga buah blok bangunan asrama sebelum ditambah lagi dua buah blok bangunan yang terletak di Taman Ilmu.
  • Bulan April 2019, pengurusan tertinggi UniSZA telah membuat keputusan untuk menyatukan Kolej Kediaman dan Pusat Kesihatan Universiti sebagai sebuah PTj dan dikenali sebagai Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar UniSZA (KKKP).