UniSZA tempat terbaik untuk anda menyambung pengajian

  • Image Alt

    Kehidupan di kampus

    UniSZA merupakan antara kampus universiti awam yang terindah dan nyaman serta sesuai untuk suasana pembelajaran.
    Dari segi persekitarannya yang menghijau dan berdekatan dengan pantai, ia juga menjadi tempat persinggahan kepada banyak spesis burung, UniSZA adalah tempat yang selesa untuk masyarakat pelbagai kaum hidup dalam suasana yang harmoni dan bekerjasama.

    "Terokai kemeriahan universiti yang bertempat di lokasi indah dan menawarkan dimensi yang berbeza kepada kehidupan pelajar. Kami dikelilingi oleh alam semula jadi tetapi dihubungkan dengan bandar-bandar utama."

      Kemudahan di kolej kediaman

      https://www.unisza.edu.my/kolejkediaman2/images/phocagallery/kgb-oku-2-1.jpg
      Bilik yang selesa adalah tempat yang santai dan selamat untuk berehat selepas seharian menjalani aktiviti akademik dan sosial.
      Pelbagai kemudahan dan fasiliti telah diwujudkan demi menjaga kebajikan mahasiswa OKU dalam aktiviti seharian.
      Dobi di kampus memudahkan pelajar untuk mencuci dan mengeringkan pakaian dengan kadar bayaran minimal.
      Kafeteria menyediakan pelbagai hidangan yang berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan pelajar.
      Kemudahan pembayaran tanpa tunai di semua premis dalam kampus seiring dengan perkembangan teknologi.
      Kemudahan mesin ATM dalam kampus memberikan keselesaan dan aksesibiliti kepada warga kampus dalam hal perbankan.
      Dengan penawaran wifi percuma sepanjang masa, pelajar dapat mengakses internet di mana-mana sahaja dalam kampus.
      Surau terletak di lokasi yang mudah diakses bagi memastikan keselesaan dan kebolehcapaian melaksanakan ibadah.
      Indoor dan Outdoor Gym dilengkapi dengan peralatan terbaik bagi melaksanakan aktiviti mengekalkan kecergasan diri.
      Dewan serbaguna yang boleh diubahsuai dan mampu memuatkan sehingga 80 orang (dengan kerusi).
      • Dr. W Omar Ali Saifuddin bin Wan Ismail

        Pengarah KKKP

        "Pelbagai prasarana dan kemudahan telah disediakan supaya para pelajar dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi mencapai aspirasi yang diharapkan."

      • Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee bin Hamzah

        Mantan Pengarah KKKP

        "Apabila anda sudah bergelar alumni, kolej kediaman akan menjadi tempat yang penuh memori serta menjalin persahabatan sebenar yang tiada penghujung."