Prinsip asas penyelidikan di UniSZA adalah dengan menerokai idea dan berkongsi apa yang kita pelajari, kita boleh menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Penyelidikan kami diiktiraf secara meluas dari segi pencapaiannya dalam penyelidikan Pengajian Kontemporari Islam, Undang-undang, Perniagaan & Perkhidmatan Kewangan, Perubatan & Penjagaan Kesihatan, Pertanian & Alam Sekitar dan Sistem & Teknologi Pintar. Ia memberi fokus kepada penyelesaian masalah dunia sebenar. Dalam menjalankan penyelidikan, kami mengutamakan perkongsian dan kerjasama dengan industri, perniagaan dan kerajaan, di mana ianya memberikan manfaat sangat besar kepada komuniti yang lebih luas di peringkat tempatan, nasional dan global.
Terokai kepelbagaian pasukan penyelidik kami yang berbakat yang ingin mengubah dunia untuk menjadi lebih baik. Mereka secara aktif bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi daripada industri, kerajaan dan kumpulan komuniti untuk mencipta peluang yang menarik.
KLUSTER PENYELIDIKAN | MAKLUMAT & OBJEKTIF | KUMPULAN | |
Peradaban Islam dan Pembangunan Sosial | Kluster Penyelidikan Peradaban Islam dan Pembangunan Sosial adalah sekumpulan ahli akademik yang aktif dalam penyelidikan dan penjanaan ilmu dalam pelbagai disiplin peradaban Islam dan pembangunan sosial termasuk pengajian Islam, pendidikan, bahasa, kemasyarakatan dan kemanusiaan. Penubuhan kluster ini bermatlamat untuk membudayakan penyelidikan dan memperkayakan khazanah ilmu demi faedah insan dalam bidang peradaban Islam dan pembangunan sosial melalui pemerkasaan pelbagai kumpulan penyelidikan dan penglibatan ahli penyelidik secara kolaboratif. Objektif kluster penyelidikan ini adalah untuk:
| Kluster ini terdiri daripada: Kumpulan Kepentingan Khas ● Pemerintahan Islam ● Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Kanak-kanak ● Pemulihan Penagihan dalam Komuniti ● Pematuhan Susu Ibu Patuh Syariah | |
Kumpulan Penyelidikan ● Dialog Peradaban ● Gerakan Islam ● Fiqh Wanita ● Fiqh Perubatan ● Kewangan Islam ● Pengurusan ● Sahsiah Qurani ● Al-Quran dan Qiraat ● Tahfiz ● Perbandingan ● Psikologi dan ● Akidah dan Ilmu ● Tasawuf dan Akhlak ● Pemikiran Islam dan ● Pengurusan ● Tokoh Ulama ● Pendidikan Bahasa ● Warisan Pendidikan ● Pengurusan ● Pengajian Al-Quran | ● Komunikasi ● Bahasa Arab Terapan ● Linguistik Forensik ● Sosiolinguistik ● Linguistik Pendidikan ● Linguistik Arab ● Pengurusan dan ● Tindakan HIV/ AIDS ● Warisan, Sosiobudaya ● Pelancongan ● Kelestarian dan ● Pemerkasaan dan ● Pemikiran Ilmu Wahyu ● Kearifan Tempatan ● Kelestarian Komuniti ● Pembinaan ETOS | ||
Perubatan dan | Kluster Penyelidikan Perubatan & Kesihatan yang merangkumi kumpulan-kumpulan penyelidik daripada bidang perubatan dan kesihatan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang keutamaan perubatan dan kesihatan serta meneroka bidang perubatan tropika yang luas dan masih tidak diketahui. Kluster penyelidikan ini adalah sejajar dengan bidang keutamaan penyelidikan kesihatan dan keperluan kesihatan di negara ini. Objektif kluster penyelidikan ini adalah untuk:
| Kluster ini terdiri daripada: Kumpulan Kepentingan Khas ● Kesihatan Mental ● RehabTECH | |
Kumpulan Penyelidikan ● Kecacatan ● Penilaian dan ● Komuniti ● Penuaan Sihat ● Genomik Mikrob & Penyakit Berjangkit ● Biologi Sel dan ● Pembedahan ● Analisis Multivariat ● Pendermaan dan ● Nefrologi ● Kanser Payudara ● Ortopedik, ● Radiologi | ● Perubatan Kecemasan ● Kesihatan dan ● Obersiti, Ginekologi dan ● Diabetes Klinikal ● Farmasi Klinikal ● Sains Farmaseutikal ● Kesihatan Fungsian ● Tingkah Laku Kesihatan ● Pengimejan Perubatan ● Produk Semulajadi dan ● OMICS ● Kesihatan Awam
| ||
Pertanian dan | Kluster Pertanian dan Alam Sekitar menyokong aktiviti penyelidikan berkaitan niche Pertanian Lestari. Malaysia yang merupakan negara membangun yang kaya dengan sumber alam serta mempunyai nilai komersial yang tinggi. Terdapat pelbagai tumbuhan herba serta madu yang mempunyai manfaat kesihatan masih belum dikaji sepenuhnya bagi membolehkan penghasilan skala besar produk berkaitan pertanian. Kajian impak alam sekitar daripada pertanian secara komersial akan dilakukan untuk memastikan kemampanan dan kelestarian pertanian. Objektif kluster penyelidikan ini adalah untuk:
| Kluster ini terdiri daripada: Kumpulan Kepentingan Khas ● Lebah Kelulut Kumpulan Penyelidikan ● Kesihatan dan Kebajikan Haiwan ● Pembiakan Haiwan ● Akuakultur ● Biodiversiti Akuatik ● Pemakanan Akuatik/Haiwan ● Pengeluaran Tanaman ● Kelestarian Alam Sekitar ● Pemprosesan Makanan ● Kualiti dan Keselamatan Makanan ● Sumber dan Kelestarian Tumbuhan Ubat ● Genetik dan Pembiakan Tumbuhan ● Perlindungan Tumbuhan | |
Teknologi dan | Kluster Penyelidikan Teknologi dan Sistem Pintar adalah kumpulan penyelidikan yang menumpukan pada memajukan pembangunan dan aplikasi teknologi pintar dalam pelbagai domain serta penghasilan produk yang canggih. Kelompok ini menghimpunkan penyelidik, pakar dan profesional dari pelbagai bidang untuk bekerjasama dalam projek dan inovasi termaju. Matlamat utamanya adalah untuk memanfaatkan potensi teknologi pintar dan produk berteknologi tinggi untuk menangani cabaran yang kompleks dan meningkatkan kualiti hidup untuk individu dan komuniti. Objektif kluster penyelidikan ini adalah untuk:
| Kluster ini terdiri daripada: Kumpulan Kepentingan Khas ● Metaverse ● Sains Data dan Analitik ● IMachS Kumpulan Penyelidikan ● Multimedia Lanjutan ● Sistem Pintar dan Autonomi ● Matematik Pengiraan dan Gunaan ● Visi Komputer dan Pengurusan Ilmu ● Keselamatan Maklumat dan Komunikasi ● Data Pintar ● Rangkaian dan Komunikasi ● Biobahan dan Bahan Nano ● Teknologi CADCAM ● Pendidikan dan Pengurusan Reka Bentuk ● Mikrofabrikasi, Sensor, Elektronik & Sistem Komputer ● Inovasi dan Kelestarian Reka Bentuk Industri | |
Undang-undang | Kluster Penyelidikan Undang-undang dan Perniagaan adalah sekumpulan ahli akademik, penyelidik, dan pengamal undang-undang dan perniagaan yang bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan dalam undang-undang dan perniagaan. Kluster penyelidikan ini mengiktiraf kepentingan hubungan antara undang-undang dan perniagaan yang semakin meningkat dan bertujuan untuk menyumbang kepada pemahaman dan pembangunan bidang ini. Dengan menyatukan pakar dalam undang-undang dan perniagaan, kluster ini dapat meneroka idea-idea baru, mengenal pasti isu-isu baru muncul, dan membangunkan penyelesaian yang relevan dan berkesan untuk komuniti perniagaan, pembuat dasar, dan masyarakat. Objektif kluster penyelidikan ini adalah untuk:
| Kluster ini terdiri daripada: Kumpulan Kepentingan Khas ● Pengurusan Risiko dan Takaful Kumpulan Penyelidikan ● Undang-undang dan Keadilan Sosial ● Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa ● Undang-undang Syariah dan Amalan Profesional ● Strategi dan Keselamatan ● Undang-undang Perniagaan ● Pengurusan Pemasaran dan Tingkah Laku Pengguna ● Keusahawanan dan Perniagaan Kecil ● Ekonomi Gunaan ● Sains Penyelidikan dan Pengurusan Operasi ● Pengurusan Tingkah Laku ● Syariah Perniagaan dan Kewangan ● Pengurusan Kekayaan/Pengurusan Kekayaan Islam ● Penyelidikan Kewangan Gunaan ● Pemodelan Matematik dalam Risiko Perniagaan ● Tadbir Urus dan Akauntabiliti ● Pengurusan Perakaunan dan Maklumat ● Perakaunan Forensik dan Kewangan |
Mengembang dan memantapkan kumpulan penyelidikan di bawah setiap kelompok penyelidikan.
Menggalakkan kerjasama penyelidikan dalam pelbagai disiplin.
Mengukuhkan kelompok penyelidikan melalui perancangan strategik jangka panjang dan memastikan penyelidikan adalah relevan dan terkini.
Menjalinkan kerjasama dan rangkaian penyelidikan dengan institusi tempatan dan antarabangsa.
Memupuk budaya penyelidikan dengan menumpukan kepada pencarian jalan penyelesaian bagi masalah tempatan dan global.
Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) menyediakan kemudahan makmal berkualiti untuk analisis dan ujian saintifik, khidmat nasihat dan pengajaran untuk pelajar, penyelidik dan masyarakat dengan menggunakan peralatan terkini dengan tenaga kerja yang cekap dan komited. Antara aktiviti-aktivitinya:
Menyelaras pengurusan makmal dan memantau aktiviti makmal di setiap fakulti.
Merancang dan menambah baik pembangunan makmal lama dan baharu.
Merancang dan meningkatkan kecekapan kakitangan makmal.
Merancang laluan kerjaya kakitangan makmal.
Mewujudkan makmal yang strategik dan berpusat.
Sebagai jambatan antara universiti dan industri untuk bidang makmal berkaitan.
Untuk mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan makmal khusus seperti ISO, 5S, akreditasi dan pengesahan untuk kecekapan kakitangan.
Mengendalikan kewangan yang berkaitan dengan makmal.
untuk berita terkini
Kampus Gong Badak,
Gong Badak, 21300 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Tel : +609-668 8888
Emel : pro@unisza.edu.my
Penafian dan Notis Hak Cipta | Notis Privasi | Notis Keselamatan | Akses Kurang Upaya W3C | Notis Cookies
Hak Cipta Terpelihara © 2022 Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA